but01
but02
but03
but04
but05
but06
but07
           Maklumat MENARIK!!!


                Borang-Borang



Terma & Syarat


PEREKAWEB.COM

perekaweb.com menyediakan perkhidmatan mereka laman web. perekaweb.com berhak menggunakan template yang sama secara berulang tetapi kami memberi jaminan bahawa setiap laman web yang dibina unik. Pembikinan laman web kepada pelanggan adalah berdasarkan first come, first serve. perekaweb.com tidak bertanggungjawab ke atas maklumat atau isi kandungan laman web yang dibina. Segala maklumat atau isi kandungan laman web pelanggan harus dirujuk kepada pemiliknya.

PAKEJ

Laman web akan direka bentuk atas perbincangan perekaweb.com dengan pelanggannya. perekaweb.com akan menyiapkan tempahan dalam masa 1 minggu jika dokumen yang diberi lengkap dan tiada sebarang pertukaran mahupun penambahan.  Jika terdapat pertukaran/penambahan (termasuk alih bahasa), perekaweb.com akan memanjangkan masa persiapan laman web. perekaweb.com hanya membina laman web dalam Bahasa Melayu dan Inggeris  sahaja. Sebarang alih bahasa (translation) dikenakan caj 5sen/perkataan bahasa asal.  perekaweb.com berhak meletakkan link ataupun pautan ke laman web ini pada bahagian bawah setiap halaman laman web pelanggan.  Bagaimanapun, jika pelanggan tidak mahukan pautan tersebut, caj RM200.00 dikenakan.

Semua data/maklumat hendaklah bertaip (Arial 11), manakala gambar hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy dan dihantar melalui email kepada webmaster@perekaweb.com.  Namun jika data/maklumat/gambar dihantar melalui faks, hardcopy, mahupun dalam bentuk scan, caj di antara RM30.00 - RM300.00 dikenakan bergantung kepada jumlah data/maklumat/gambar,  untuk ditaip atau discan semula.

 

PENYELENGGARAAN (MAINTENANCE)

Terdapat 2 jenis pakej untuk penyelenggaraan (maintenance), iaitu mengikut proses maintenance dan kontrak tahunan. Bagi pakej mengikut proses maintenance, caj dikenakan bagi sekali proses penyelenggaraan tidak kira banyak ataupun sedikit perubahan yang hendak dibuat, dengan syarat segala perubahan yang hendak dibuat itu dimaklumkan dalam satu EMAIL sahaja. Jika dihantar melalui email yang berlainan, maka ia akan dicaj berasingan. Manakala bagi pakej tahunan, caj dikenakan untuk tempoh 1 tahun. Bagi kontrak tahunan ini, penyelenggaraan boleh dibuat tanpa sebarang had. Semua penyelenggaraan sama ada mengikut proses maintenance atau kontrak tahunan yang hendak dibuat mestilah dimaklumkan melalui EMAIL kepada webmaster@perekaweb.com selewat-lewatnya 5 hari lebih awal. Jika pelanggan gagal membayar kos penyelenggaraan, pihak perekaweb.com berhak menggantung laman web pelanggan daripada beroperasi.

Sebaik sahaja laman web pelanggan siap, pelanggan diminta memilih pakej penyelenggaraan yang dikehendaki dalam tempoh 1 minggu. Setelah itu, jika pelanggan masih tidak memberikan keputusan, maka secara automatik,  pelanggan didaftarkan kepada pakej penyelenggaraan mengikut proses maintenance.

Jika pelanggan ingin mendapatkan segala data untuk membuat penyelenggaraan sendiri, perekaweb.com akan menghantar segala data di dalam CD dengan caj RM47.00*.

Kami di perekaweb.com akan membantu pelanggan dari segi promosi dan masalah teknikal (after sales service).

*Pakej MINI akan terus mendapat semua maklumat tanpa caj.


PEMBAYARAN

Pelanggan harus membayar jumlah yang dinyatakan dalam invois (pendahuluan dan baki). Laman web hanya akan mula dibina selepas bayaran pendahuluan diterima. Jumlah pembayaran (pendahuluan dan baki) akan dicetak pada invois. Tempoh 5 hari dari tarikh invois diberikan untuk membuat bayaran pendahuluan (invois pertama) dan bayaran baki (invois kedua). Invois kedua akan dihantar kepada pelanggan setelah laman web siap dibina. Laman web pelanggan akan mula beroperasi di Internet setelah bayaran penuh dibuat dan bayaran penyelenggaraan dijelaskan.

Wang akan dipulangkan ke atas pembatalan tempahan hanya jika perekaweb.com belum membuat pembayaran web hosting dan domain name. 

 
  DISKAUN

Diskaun atau potongan harga sebanyak RM100.00 akan diberikan kepada NPO* sahaja. 

*NPO (non-profit organisation) merujuk kepada “pertubuhan bukan untung”/”pertubuhan bukan berasaskan keuntungan”/”pertubuhan tidak berasaskan keuntungan” atau mana-mana pertubuhan yang tidak melibatkan urusniaga.  Di mana, petubuhan tersebut  beroperasi dengan tujuan utamanya untuk aktif dalam aktiviti kepentingan awam atau peribadi, tanpa sebarang tujuan komersil atau yang melibatkan keuntungan wang.


Pihak perekaweb.com berhak menambah atau menukar sebarang jenis pakej, perkhidmatan atau terma syarat mengikut keperluan dan perkembangan semasa.