Sepatah Kata dari Pengarah Urusan

Assalamualaikum W.b.t…
Selamat datang ke laman web Dua Badak industries (M) Sdn Bhd. Kami merupakan syarikat milik penuh bumiputera dan salah satu pengeluar kopi terunggul di Malaysia. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayari web kami, saya berharap ia memberikan anda maklumat menarik dan bermanfaat kepada anda semua. Saya yakin anda akan mendapat pengalaman yang menarik dan berinspirasi dari jenama kami.
Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan yang pelanggan-pelanggan kami sentiasa berpuas-hati. Sebagai salah satu jenama kopi terunggul di Malaysia, kami sentiasa membuat inovasi bagi mempertingkatkan mutu produk yang sedia ada sambil memperkenalkan produk baru yang boleh memanfaatkan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.
Calcafe adalah merupakan jenama terbaru keluaran Dua Badak Industries yang terdapat di pasaran sekarang. Jenama ini sedikit sebanyak dapat mengukuhkan kedudukan syarikat untuk bersaing dipasaran global. Produk ini berbeza berbanding dengan produk yang lama kerana produk terbaru ini mengandungi lebih rasa kopi dan rasa kopi yang sebenar. Kami juga akan berusaha untuk meningkat kan kualiti produk dari semasa kesemasa untuk meyakinkan pengguna agar sentiasa terus menggunakan produk kami.
Kami berharap semoga syarikat ini akan terus berkembang dan menjadi sebuah syarikat pengeluar kopi milik penuh bumiputera yang terunggul Di Malaysia dan menjadi jenama pilihan anda. Teruskan melayari laman web kami untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Yang Benar,
ASHARUDDIN HJ ARIFIN
Pengarah Urusan DBI







sijil

COPYRIGHT © 2008 Dua Badak Industries (M) Sdn Bhd. ALL RIGHTS RESERVED.
Designed by perekaweb.com